Syariat Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia atas kesyumulan Islam yang mampu mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh manusia berdasarkan pelbagai cara dan kaedah (usul fiqh) yang telah ditetapkan oleh syarak yang ditentukan oleh Allah SWT, iaitu nas al-Quran dan as-Sunnah. Nas ijmak dan qias merupakan sumber dalam menentukan hukum-hukum permasalahan usul fiqh yang disepakati oleh para ulama. Oleh itu, para ulama bersepakat menyelesaikan masalah dengan kaedah fiqh. Di dalam perbincangan ini, para pengkaji akan mengulaskan tentang pengertian kaedah fiqh, perbahasan kaedah fiqh ketiga: kesulitan membawa keringanan, aplikasi kaedah serta rumusan di akhir perbincangan ini.
PENGERTIAN KAEDAH FIQH
Kaedah Fiqh (Qawaid Fiqhiyah) adalah salah satu cabang ilmu dalam ilmu Usul Fiqh. Prinsip-prinsip Fiqh terdiri dari dua suku kata, iaitu kata kaedah (qawaid) dan kata fiqh (fiqhiyah). Oleh itu, kaedah Fiqh bermaksud asas Fiqh. Prinsip-prinsip Fiqh mengandungi prinsip-prinsip universal untuk pelaksanaan perundangan (hukum) Islam (Fiqh) yang berlaku.
Kaedah fiqh adalah kaedah umum dalam masalah fiqh, yang dapat diterapkan pada beberapa masalah fiqh. Dengan mempelajari usul fiqh, kaedah fiqh dapat mengetahui dalil dan hukum Allah SWT mengenai suatu masalah yang memerlukan penerangan hukum dari segi ibadah, perkahwinan, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Pembentukan formula kaedah fiqh adalah berlandaskan tiga sumber, iaitu Al-Quran, hadis dan atshar sahabat (pendapat sahabat) iaitu para sahabat nabi yang sempat menimba ilmu dengan Rasulullah SAW. Dengan cara itu, penyalahgunaan dalil dalam menentukan suatu hukum dapat dielakkan.
Rajah 1: Kaedah fiqh terbahagi dua bahagian menurut ulama.
PERBAHASAN KAEDAH FIQH KETIGA: KESULITAN MEMBAWA KERINGANAN
1. Maksud Kaedah
Jika terdapat kesulitan atau kesukaran untuk menunaikan perintah Allah SWT, maka perintah itu akan diberi rukhsah (diringankan). Rukhsah yang diberi mestilah dilakukan mengikut kadar kemampuan dan cara ditetapkan oleh oleh ajaran islam.
Rukhsah tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tersebut. Contohnya, orang yang sakit dibenarkan duduk sekiranya dia tidak mampu berdiri atau baring.
Maksudnya: "(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran."
Firmannya lagi dalam surah yang sama ayat 286:
Maksudnya: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
Ayat-ayat diatas menunjukkan bahawa Allah SWT tidak memberi kesukaran kepada seseorang yang tidak mampu menunaikannya bagi setiap hambaNya. Oleh itu, Islam akan memberikan jalan keluar bagi mengelakkan kesulitan tersebut. ✨
Sandaran daripada Hadis As-Sunnah:
" Daripada Aisyah katanya: sesuatu yang diberi kepada Rasulullah SAW antara dua perkara kecuali ia memilihnya yang paling ringan selagi tidak mendatangkan dosa."
Dalam satu riwayat lain baginda bersabda yang bermaksud:
" Sekiranya tidak mendatangkan kesukaran kepada umatku nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali ingin mendirikan solat."
3.0 PERBINCANGAN KAEDAH
3.1 SEBAB DIBERIKAN KERINGANAN IALAH:
Orang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah walaupun dengan kaedah yang paling canggih diberikan keringanan seperti solat jamak dan qasar.
Orang yang diuji dengan sakit dibenarkan untuk bertayamum, dibenarkan solat dalam keadaan duduk dibolehkan berubat dengan najis pada pandangann sebahagian ulama mazhab Hanafi.
Orang yang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan tanpa kerelaanya tidak dianggap berdosa apabila dia melakukan perbuatan dipaksa tersebut seperti minum arak, melafazkan kalimah kufur (dengan syarat di hati beriman), membunuh dan lain-lain.
Orang yang terlupa melakukan sesuatu larangan dianggap tidak berdosa seperti makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan terlupa pada siang hari bulan ramadhan.
Jahil atau tidak mengetahui sesuatu hukum juga diberikan kemaafan seperti baru memeluk islam.
Kesukaran yang terjadi secara menyeluruh seperti mengkebumikan jenazah yang ramai dalam sebuah kubur apabila ditimpa musibah tsunami dan gempa.
Akal yang tidak sempurna kerana gila, kanak-kanak dan hamba.
Rajah 2: Panduan Solat Ketika Sakit.
3.2 BAHAGIAN-BAHAGIAN RUKHSAH (KERINGANAN) DIBERIKAN OLEH SYARAK:
Takhif Isqat - Keringanan dengan menggugurkan kewajipan seperti tidak wajib menunaikan solat jumaat kerana sakit dan tidak perlu qada' solat bagi perempuan yang didatangi haid dan nifas.
Takhif Tanqis - Keringanan dengan meringkaskan ibadah seperti mengurangkan bilangan rakaat solat fardu daripada empat kepada dua ketika bermusafir.
Takhif Ibdal - Keringanan dengan menggantikan cara bersuci seperti menggantikan wuduk dan mandi dengan tayamum.
Takhif Takdim - Keringanan dengan mendahulukan solat fardu sebelum waktunya seperti pensyariatan solat jamak ta'khir.
Takhif Takkhir - Keringanan untuk melewatkan masa menunaikan ibadah daripada masa sebenar. Sebagai contoh, Jamak Takkhir iaitu melewatkan solat zohor dalam waktu asar sedangkan waktu zohor telah berlalu.
4. PECAHAN KAEDAH
Daripada kaedah ini, terbentuk beberapa pecahan daripada kaedah al-masyaqayah tajlibu taysir iaitu:
إذَا ضَاقَ الْأَمْرُ اتَّسَعَ
a) Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.
Bermaksud apabila berlaku keadaan darurat/sempit, ruang bagi hukumnya akan terbuka luas dan mudah.
Contoh: Seorang wanita keluar bekerja untuk menyara dirinya sedangkan dia masih dalam idah kematian suami. Hukumnya tidak berdosa berdasarkan kaedah. Wanita itu pada asalnya tidak boleh keluar rumah kerana beriddah, tetapi hukumnya telah menjadi mudah/longgar kerana dia terpaksa menyara dirinya.
إذَا اتَّسَعَ الْأَمْرُ ضَاق
b) Apabila sesuatu itu luas, hukumnya menjadi sempit.
Bermaksud apabila keadaan darurat/sempit tiada lagi atau keadaan telah kembali kepada asalnya, hukum bagi perlaksanaannya kembali kepada asal.
Contoh: Seseorang yang lapar memilik semua makanan, hanya boleh makan makanan yang halal sahaja. Tidak boleh makan makanan yang haram.
VIDEO PEBINCANGAN RINGKAS TENTANG KAEDAH FIQH KETIGA:
APLIKASI KAEDAH
1. Seseorang yang melancong dengan tujuan yang baik diberi kelonggaran dalam menunaikan solat seperti orang yang bermusafir tersebut kerana adanya kesulitan.
2. Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa terlebih dahulu dan menggantikannya pada hari yang lain.
3. Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang bermusafir dengan syarat yang tertentu.
4. Seseorang yang sakit diberi keringanan untuk solat secara duduk, jika tidak mampu boleh keadaan baring, jika tidak mampu lagi dibenarkan menggunakan isyarat mata, jika tidak mampu menggerakkan matanya, maka boleh menggunakan hatinya.
5. Seseorang yang keadaan darurat/susah dan tidak mampu mendapatkan makanan dan minuman yang halal, maka boleh makan dan minum yang haram jika tiada sumber makanan dan minuman yang halal dengan syarat tertentu.
Rajah 3: Bermusafir.
RUMUSAN
Berdasarkan kaedah fiqh ketiga tersebut, setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan atau keringanan dalam hidupan seharian kita. Islam telah menitikberatkan dalam masalah ini dengan adanya kaedah fiqh yang memberi keterangan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, keadeh fiqh ketiga ini memberi manfaat kepada umat manusia agar kehidupan sebagai muslim tidak menyusahkan diri mereka. Kaedah Fiqh ini perlulah mematuhi syarak-syarak yang ditetapkan oleh para ulama agar urusan kehidupan terutama hal ibadah supaya keringanan diberikan tidak melampaui batasnya. Oleh itu, kita perlulah bersyukur kerana ajaran Islam ini tersusun dari semua aspek kehidupan umat manusia seperti aspek sosial, ekonomi dan seumpamanya. Akhir kata ini, semoga ilmu yang disampaikan ini memberi manfaat kepada semua umat Islam, serta diberkati oleh Allah SWT.